Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 23, 2012

harapan.

assalamualaikum.lame rase tak update belog.apekan daya sejak jadi dewasa ni.ahah.gelak jahat.krkrkrkr..dewasa hokey rase cam pasrah nak tak nak je update.melainkan aku dah betol2 datang seru nk menaip dengan kelajuan 70 perkataan seminit.cis tipu.hengkau mampu menaip 60 psm je nadia weh!

ok back to the main point.semua org ade harapan kan?same jugak dengan aku.ade harapan macam2 utk direalisasikan.kiki.hmphh.sejak dua menjak ni.ramai betol org kawen,bertunang la,beranak lak.aku?aku?aku hanya mampu tersengih atau dalam erti kata lain ok foine.sambil tekan shut down kat laptop.instinct paling kuat adelahhh.aku mau cepatan jadi yang halal utk si dia.nak pegang2 tangan pon da boleh,kalau keluar dating pon dgn hasben terchenta da tak perlu nak takut2 kot2 kalau terserempak dgn kawan2 mak ngan abah.wakakaka.tapi sayang nak kawen duit tak cukup.sedih sangatttt...sepoil betul.

tapi aku tak nak la gelojoh sangat.tak tau hulur hilir tetiba nak menikah.ilmu rumahtangga dalam dada ni masih samar2 lagi.tapi aku tengah belajar nak adapt utk jadi seorang isteri solehah.nak jadi isteri yang mendengar kata,penyejuk mata suami.maaf abg b ni degil sangat sampai buat abg hypertension kadang2.kiki.i will try my best to be yours :)

dan aku berharap kite akan berdua begini.di jinjang pelamin.amin.i love u captain!

Thursday, April 26, 2012

take a nap


to abang, this is my latest picture.hangout dgn ayu dan ain.bby gemok ke kurus?kiki


Tuesday, April 17, 2012

InsyaAllah ini lebih baik.

tak perlu berseksi-seksi
berjubah berpashmina begini
aku lebih selesa.
InsyaAllah.

Izhan

Izhan,
sudah berhari-hari aku mengadap skrin ini
minda yang selama ini bergerak rancak
tiba-tiba menjadi kosong
aku naik buntu
entah mengapa aku tak dapat mengarang satu puisi pun untuk kamu
maafkan aku Izhan


sudah dua tahun lebih kejapnya
masa kita bersama
saat susah senang suka dan duka
semuanya kita lalui dengan tabah dan sabar
terlaluuu banyak cerita antara kita
2 tahun 4 bulan itu baru aku terasa lamanya
terlalu banyak yang gembira
terlalu banyak juga yang mengundang air dan mata.eh bukan.air mata
jugaaa
terlalu dalam rasa ini untuk aku curahkan pada semua
cukup Allah dan engkau sebagai Izhan yang tahu cerita antara kita


Izhan,
kamu yang kuat berbanding aku.yelah kamu kan training askar sana sini
saat aku tumpas pada air mata
kamulah yang setia menyeka
titis titis air jernih ini pergi
disaat aku lalai dan leka
kamulah yang selalu ada membawa aku ke dunia realiti
disaat aku jatuh tersungkur tiba-tiba berdarah
kamu sentiasa ada untuk menyambut
memapah aku kembali berdiri
tanpa perlu diarah


Izhan,
kali ini kali ke 2
semoga kali ini lebih bahagia
lebih ceria
semoga kali ini lebih tabah
lebih sabar
semoga kali ini hati kita bersatu,lebih tetap
lebih kuat
dan
semoga kali ini kita mampu melangkah terus
menuju apa yang dituju
kerana kali ini
kita semakin tahu
apa yang kita tahu
<3


Izhan,
puisi ini aku nukilkan buat kamu
yang sudah 2 tahun 4 bulan setia bersamaku
kamu yang doanya tak pernah putus
kamu yang kasihnya mengalir deras
kamu yang sayangnya tidak terbatas


Izhan,
buat kamu yang suatu hari nanti bakal mengimamkan setiap solatku
buat kamu yang bakal mengharungi liku-liku hidup bersamaku
semoga kita kekal bersama
kekal berdua
hingga ke Jannah
InsyaAllah

Puisi Izhan ini aku nukilankan
buat


Mohd Izzul Izhan bin Nordin
yang kasihnya sentiasa berbekas dihati.


Muhammad Dini Islam :)


Assalamualaikum.

alhamdulillah rase rajin je nak update blog.quite excited nak post pasal anak angkat aku.baby dini.ya allah sorang lagi umat Muhammad lahir ke dunia.selamat semua ibu dan anak sihat sejahtera.anis kawan baekkk aku time sekolah lahirkan anak secara normal.alhamdulillah.nak dini pggl aku mummy nadia.ahaksss.comel sangat.baby dini lahir pd 14/4/2012 aritu.so comel baby dini ni.geram mummy nadia tgk tau.(dah pandai ber mummy2 skrg).naluri keibuan tinggi ni.naluri kebapaan org tu tak tau ade ke x.haha.

*curik dr fesbuk anis*

comel kan dini ni?waaa.geramnyer tgk.bambam pulak tu.bila tah nk rase ade baby sendiri.kihkih.mummy nadia harap dini jadi anak yg soleh ye sayang..jgn nakal2 tau..jadi anak yg baik dapat berbakti pd mama ngn ayah.juga pada agama.ameen







regards,

mummy nadia

:)

Monday, April 16, 2012

sebab manusia perlu/kena/wajib minum air masak


Assalamualaikum.

berjumpa lagi kite dalam ruangan kesihatan.ahaks!semenjak dua menjak ni tahu pulak aku menjaga kesihatan.alhamdulillah dah ade kesedaran maksima.hari ni terlebih rajin google pasal kelebihan air putih/air masak.selama ni tak tau pon.dah la lack of water dlm badan.sebab tu la senang jek nak sakit kan.tp aku tau air putih ni banyak sangat kelebihan dia.antara aku sedar dan tak sedar je.the best part is.when i found HERBALIFE.i cant escape my self to drink minimum 2L of water a day hokey!.itu minimum okey.maximum ak penah minum 4L.kalau dulu la kemain liat nak minum air masak.asik minum air manis jer.sekarang pegi mana2 angkut je botol hijau HERBALIFE yg besar gabak tu.pegi makan kat bawah pon bawak botol HERBALIFE yg dah terisi air.memang proven la sejak ak amalkan minum air putih rasa sehat dan bertenaga je.haha.over tau.yg paling over makin minum banyak air makin keraplah aku ke tandas.ahaks!aku rasa buah pinggang aku ni dah tak larat nak proses air yg masuk badan.aku pon rasa kenyang dengan air je.

here we go :)



SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK

Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.

Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!

Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”



berpeluh baca artikel ni kan?tapi for our own good jugak.sbb duit bole dicari tp kesihatan????jawablah engkau sendiri.kalau korang tak mampu nak consume sebarang jenis produk utk maintain kesihatan takpe.aku tak kesah.tp kalau korang still rasa minum air masak adalah satu bebanan maha hebat aku pon tak tau lah.sbb air adelah investment palingggggggggggggggggg murah.its never costs u a lot.tolong lah minum air putih bebanyak.AKU MEMANG PAKSA SEMUA ORANG MINUM AIR MASAK SEKARANG.harap jangan annoying oke?marilah kite same2 sehat without any stupid reason that come from ur puaka mouth.haha



babai!

Thursday, April 12, 2012

Alhamdulillah.i found HERBALIFE :)

Alhamdulillah.syukur ke hadrat Illahi aku masih lagi bernafas sehingga hari ni.

Dah lame aku tak update blog..memang rasa awkward jugak lah teibe update nak citer pasal Herbalife.haha!sedangkan dulu aku teramatlah anti dengan produk ni.tapi sangkaan aku meleset sama sekali.kiki.tapi perlu diingatkan sekali lagi yg blog aku ni bukan tertumpu pada Herbalife semata-mata.tp merangkumi kehidupan harian aku.yg aku rasa kot rajin nak update aku akan update.tp insyaallah aku akan lebihkan dgn Herbalife.sebab aku nak berkongsi ilmu,pengalaman aku yg ciput tentang Herbalife nie.

Utk makluman korangs yg aku ni baru je lagi consume Herbalife.dalam awal tahun hari tu.gigih nak cari something that can feed me healthy.aku godek2 dalam Google pasal produk terbaik utk kuruskan badan,yg dapat buangkan lelemak segala dlm badan aku ni,dan ofkos nak cari produk utk cantikkan kulit.sbb kulit muka aku ni sangat bermasalah,sensitif,berminyak bagai.ohhh its so shame weh.kadang2 nak pegi boipereng aku pon naek malu.dats y la aku bertemu dgn sorang akk ni namanya kak Fatin..dia yg banyak tolong aku pasal camane nk consume Herbalife.first product aku beli dgn dia adalah Aloe,F1 Chocolate,Tea Mix pastu dapat free shaker cup.total semua RM 457.00.
mula2 aku rasa mahal weh.tp aku cepat2 positifkan diri anggap tu investment yg aku buat sb nak dapat hasil yg baik.dan sampai hari ni aku masih dan masih lagi consume Herbalife tp aku skrg tengah guna F1 Vanila,Tea Mix dgn Blended Soy which are very the tasty!its cost me RM 407.janji aku sihat dan dapat nutrisi sepatutnya.

Dua minggu lepas aku pegi HQ Herbalife kat Plaza See Hoy Chan semata2 nak beli botol dia yg besar gedabak kaler hijau semata2 nak minum air bebanyak!very the gigih korang tau tak aku jalan kaki dari Ming Annexe ke Raja Chulan.tp sampai2 kat sana aku macam lost tak tau ape2 tau.tengok ramainya umat manusia yg consume Herbalife tgh beli brg2 samada utk diri dorang ataupun utk pelanggan dorang.Time tu aku rasa Herbalife memang satu produk yg sangat2 established,kukuh dan paling penting menyihatkan!aku ni kalau dah tak tau aku mestilah tanya kat orang kan.aku terjumpa dgn akak sorang ni.tersangatlah baik!dan sekarang dia dah jadi upline aku.dia guide aku satu2.dia cakap 'dik,kalau nak beli brg kena jd ahli dulu,xboleh main beli jer'.Dan aku pon terpikir..'penat2 aku datang jejauh nak beli botol tp tak dapat beli' dan sememangnya time ni aku agak frust jugak lah...sebab membership RM 98.00 mane aku hade duit kan..tp aku cakap aku nak jadi member Herbalife so aku mintak akak ni ajar aku.tp at last dia uruskan semua.very helpful!kalau dah nama jd upline aku ofkos aku ni downline dia.dan untuk pengetahuan korang im officially Independent Distrubutor of Herbalife!!!! Alhamdulillah.niat aku memula bukannya nak meniaga pon.aku just nak dapatkan diskaun untuk diri sendiri jer.tp upline aku ni boleh kata tiap2 hari dia tanye progress aku.tanya dah ambik shake ke belom,air dah minum ke belom..haha.macam mak aku dah plak.upline aku nie named as kak Sabariahwatie.dia invite aku pegi Zero 2 Hero yg kan dibuat kat Tiara Beach Resort Port Dickson.sbb aku belajar tentang Herbalife,selain nak sihat dan gain extra income.takpelah tiket mahal sikit asalkan aku ada basic.sbb dalam otak aku ni asik nak pk nak promote Herbalife kat keluarga terdekat aku jer...utk org luar tu nanti lah kot.nak buat testimoni utk diri sendiri dan family.kalau result ok dan memuaskan aku memang/pasti akan wat bisnes ni.INSYAALLAH! :)


Aku brdoa sangat yang aku akan success macam org lain kat luar sana.semoga Allah tunjukkan jalan terbaik dlm hidup aku.sebab aku dah pilih Herbalife utk dptkan nutrition,utk sehatkan badan,sehatkan keluarga aku.aku harap sesangat yang bisnes yg aku akan buat nt tak separuh jalan.kiki.sebab aku dah tak nak jadi kuli batak org lain.aku nak jadi bos untuk diri sendiri.sebab duit yg aku gain nt aku nk tolong parents,bg adik2,nak bagi whole family aku sehat sejahtera.dan aku nak kahwin dgn duit aku sendiri!


My Checklist

1)Nak kurus instead of cantek.haha

2)Nak kahwin dgn lelaki yg paling aku cinta,paling aku sayang <3

3)Nak beli kereta impian iaitu Myvi lagi best.aku pilih kereta kecik sbb aku ni fobia kalau lori besar2 lalu sebelah aku.

4)Aku nak pegi bercuti sorang2 kat Sabah.sorang2 okay.sbb aku nak belajar erti survival.mampu?

5)Aku nak beli Blackberry.kalau boleh nak yg Bold 3.walaupun Izzul tak bagi aku guna BB..tp aku akan cuba yakinkan dia yg BB ni utk bisnes aku.INSYAALLAH

6)Aku nak handbag Salvatore Ferragamo.sign of elegance.ahakssss!

7)Aku nak attend every single training yg Herbalife anjurkan sbb aku tau kalau kita attend training takkan rugi sikit pon.sbb makin byk kita belajar makin byk kita earn more money!!!!betol ke tak teori aku ni?

8)Aku nak shopping without looking at price tag.cool huh?hahahaha


ohoiiii.aku rasa ni je dulu checklist aku.dan aku rasa my dream will expand bigger and bigger.sebab benda yg paling murah dalam dunia adalah angan2.tak salah berangan kan?


Korang tolonglah support aku ye.semoga training Zero2 Hero nanti dapat bawak aku for the next step better! Ameen


Thank You ALLAH!!!!
Thank You HERBALIFE!!!!!

INILAH DUNIA NUTRISI SAYA.ANDA BILA LAGI?


Tuesday, January 24, 2012

Engagement Day of The Akmal's


Assalamualaikum.

22 /1/2012 e-day akak kesayangan me iaitu kak amal.cantik gile kak amal masa e-day aritu.sori sangat xdatang coz xde transport.tp xpe dya doakan kak amal ngn abg akmal cepat2 kawen dapat anak comel2.seriously they all so stunning on that day.sama padan.semoga ikatan pertunangan ni both of you jd lebih bersedia utk ke gerbang perkahwinan.so sad terpaksa lepaskan mommy tersayang ku.jom tgk hepinye mommy ku tanpaku disisi.sangat tak aci!

A New Start.


Assalamualaikum.

Ehem.ehem.dah lame tak berbelog.serius rasa rindu gila.my previous blog dh kena hacked la.me pon tak tau sama ada kena hacked ke,lupa lirik ke,eh silap,lupa password ke.i really dont know.tapi takpe.buat je yg baru.kan senang? :-)
Btw,dulu url blog sy bonadsayang.blogspot.com.ok sayonara bonadsayang.me skrg tukar thesupernadia.terasa super,hebak gila guna url ni.dulu bila berbelog agak tak matang pengisiannye.Now me rase seiring dgn pertambahan usia.waaa..dah tua aku rasa.22 tahun dah nur nadiah ni me rasa perlu matang dalam segala aspek.fuhh ayat...nak melankolik ajeee.belog pon kena matang.khennnn?me taknak memberatkan belog ni dgn toknek yg boleh buat me sendiri pening.

Untuk belog kali ni me tak nakla merapu lebih.suke sgt naw merapu tahapehape.insyaallah untuk kali ni me nak lebih santai,sb tujuan me berbelog adelah utk refresh kenangan2 bila dah tua gigi tinggal dua.eh?camtu pulak.tak la.nak bg anak cucu bace.at least they know who am i when im younger dolu2.itewww ceritanya.hopefully when i open up this blog again.i can smile like monkey.and said 'oh man,i 've faced it before.hungga-hungga'ha..sampai camtu.semoga bila dah kahwin,ada anak,leh bukak2 cerita lama.mana tau kenangan pahit manis boleh buat me rasa i'm alive dude!

So far me rasa cukup bahagia dgn ape me ada skrg.walaupon duit tak pernah cukup akibat dapat gaji menggelabah tanah.tp kasih sayang itew s entiasa ada drpd my beloved family,kekasih hebakku Izzul Izhan yg selalu ada.*shed my tears*sykur sangat2.dah diploma bulan 4 last year,then keje utk cari pengalaman,buat byk benda me rasa tak masuk dek akal.hewhew.siap kumpul duit belikan Izzul galaxy tab sempena besday,konvo dia.hadiah tauliah xtau lagi.dengggg!duit tgh kering.me rasa nak ketuk kepala laju2.itew la masalah kalau dpt gaji je duit ntah kemana.OMG...rasa berdosa dgn diri sendiri.gaji bulan ni bak manage betul2.so takdelah the next entry mengadu takde duit lagi.kahkahkah

Perancangan Allah memang cantik dan tersusun bukan?walaupun duduk kl ni hectic.tp me rasa boleh survive lagi.nk belajar hidup susah,cari pengalaman utk bekalan hari gigi tinggal dua.hewhew.cari rezeki utk suami dan anak2.eh?now tgh kumpul duit sikit2 utk perancangan hidup seterusnya.perancangan ape?rahsia!alhamdulillah.dah habis diploma now me tgh buat pjj kat uitm shah alam utk bachelor of office systems management.Izzul pon dh habis belajar,tunggu tauliah utk jadi kapten.ehem taula dh dapat gaji pegawai kemain awak ni Izzul.now please go get our car utk dtg tgk saye kat kl.dtg bawak makan kfc pastew balik.haha.OUR car?yezza.my dearest masuk unit kat mentakab,pahang.thx god!takde lah bergenang air mata pikir kena posting sabah sarawak.mau perang dingin.mujur pahang jer.dkt dgn kampung me kat temerloh itew.so me rasa lega.and yet,we want to go to another next,serious step.i feel blessed at all.harap termakbul.

Ok lah me dah penat membebel.harap tujuan me berbelog tak disalah tafsir oleh masyarakat.tak harap pon org bace belog ni.kihkih.walaupon lagu kat blog me ni syahdu2 macam hape.tp me suka.so readers out there.layan jelah.ok bai!


# p/s ; banyak naw wrong spelling sb excited.ditambah dgn berbelog dgn galaxy tab.sangat xpuas.tp xpe lebih baik ada dr takde ye dak?peace yaw!